Searching...
Tuesday 4 February 2014
15:16 0

FAKTA INSIDEN PERLAWANAN PIALA FA ANTARA JDT DAN T TEAM

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan. 

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan. 

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang. 

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan. 

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

TMJ hadir di Pejabat PBNJ untuk beri keterangan kepada pihak FAM. 

Manakala, T-TEAM telah membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.



*dalam setiap permainan, mesti ada pergaduhan

0 comments:

Post a Comment