Searching...
Saturday 18 January 2014
15:25 0

Ketahui Luasnya Neraka Jahanam Itu

Ketahui Luasnya Neraka Jahanam Itu


Terdapat tujuh pintu dalam neraka, dan setiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.

Nabi bertanya kepada Jibril...

Nabi SAW bertanya: "Adakah pintu neraka sama seperti pintu rumah kami ??"

Jibril : "Tidak, tetapi pintu itu selalu terbuka,dan jarak dari pintu ke pintu sejauh jarak perjalanan 70,000 tahun, setiap pintu lebih panas dari yang lain sebanyak 70 kali ganda."

Nabi SAW bertanya : "Siapakah penghuni untuk setiap pintu itu?"

Jibril : "Pintu yang paling bawah ialah untuk orang yang munafik, dan orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir’aun namanya Neraka Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang Musyrikin bernama Neraka Jahim,

Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernama Neraka Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Neraka Ladha,

Pintu kelima orang Yahudi bernama Neraka Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Neraka Sa’eir.’

Kemudian Jibril diam sejenak… Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penghuni di pintu yang ke tujuh?’

Jawabnya: "Di dalamnya terdapat orang yang berdosa besar dari kalangan ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga Nabi SAW sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Wahai Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, adakah salah seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari kalangan ummatmu."

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan berdoa kepada Allah

Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Qur’an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment