Searching...
Tuesday 21 January 2014
22:19 0

Volkswagen XL1 Kereta Paling Berekonomi

Volkswagen XL1 Kereta Paling Berekonomi

Sudah bertahun lamanya jurutera kereta berusaha gigih untuk menghasilkan kenderaan ekonomi dengan 100 batu per gelen (mpg). Untuk mencapai matlamat tiga aspek utama yang perlu diutamakan iaitu mengurangkan berat, memaksimumkan aerodinamik dan meningkatkan kecekapan kuasa. Pada 1999, syarikatVolkswagen telah menghasilkan Lupo 3L yang mempunyai tiga coupe silinder yang boleh pergi 78.4batu per gelen (mpg).




Namun, Volkswagen tidak berpuas hati dengan pencapaian yang hebat itu lalu syarikat yang dikagumi ramai itu melantik seorang jurutera yang bernama Ulrich Hackenberg, yang mempunyai pengalaman kerja di Bentley dan Bugatti, bagi menghasilkan kenderaan 100mpg. Pasukan Hackenberg telah berjaya menghasilkan kenderaan 261mpg melebihi target yang ingin dicapai. Dan kereta itu dinamakan Volkswagen XL1.

0 comments:

Post a Comment