Searching...
Monday 13 January 2014
18:28 1

17 Jam Mayat Anak Bersujud Setelah Ditemui

PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan jam 9.45 malam, pada Isnin lalu dan ditemui orang ramai 17 jam kemudian.Ketua Polis Pasir Mas, Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, berusia 16 tahun, ditemui orang ramai di sebalik semak dengan motosikal yang dinaiki arwah. Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, sesudah sahaja kelas tambahan tamat. Mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang. Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud. Masya Allah...





“Berkemungkinan mangsa cuba untuk bangun, tetapi kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak langsung, sehingga menemui ajal di situ,” katanya.Menurutnya, remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.Haliludin menasihati semua pengguna jalan raya, agar menanam sikap prihatin dan bertanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.

Akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin selepas hampir 17 jam mencari anak lelaki tunggalnya itu. Mohd Zuri,41 bapanya turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab. Kejadian itu  mengorban kan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik .Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
Mereka sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan berulang lagi.

1 comments:

  1. Salam blogging admin ... saya dh follow google plus admin .. :)

    ReplyDelete