Searching...
Thursday, 13 February 2014
00:16 1

Kisah cinta yang paling sweet dalam kalangan artis .

Mungkin banyak kisah cinta yang sweet yang korang dengar . Tapi bagi pendapat admin kisah cinta yang paling sweet yang admin tahu ialah Kisah antara Irma Hasmie dengan suaminya . Mana taknya cinta mereka bermula dekat Kota paling suci oi . Dekat Mekkah tuu . Subhannallah !

Lembayung Kaabah meneduhi pertemuan dua insan bernama Irma Hasmie Haji Ibrahim, 30 dan Redza Syah Azmeer Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan. 31. Sapaan penuh mesra oleh ibu Redza, Datin Hajah Azizah Osman saat pelakon dan pengacara ini mengerjakan tawaf umrah menjadi titik tolak kepada sejarah percintaan antara mereka.

Segalanya berlangsung terlalu pantas, dua minggu selepas pulang umrah untuk kali ketiga, Irma dirisik oleh keluarga Redza. Sebulan kemudian, mereka diikat sebagai tunangan namun ia bukanlah lesen untuk mereka bebas. Akhirnya selepas tiga bulan menjadi tunangan, dua hati ini disatukan oleh bapa pengantin perempuan, Haji Ibrahim Othman di hadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Mohd Redza Ahmad pada 29 Jun lalu dengan sekali lafaz.

Indahnya percintaan dengan restu keluarga, begitulah juga damainya majlis pernikahan dan persandingan yang diada kan untuk meraikan kedua pengantin di Dewan Persidangan, Kompleks Per bada nan Putrajaya dan Dewan D2 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Perjalanan majlis pernikahan berlangsung dengan penuh tertib. Begitu juga dengan majlis persandingan yang disuburi dengan sunah Rasulullah S.A.W. Baik daripada ungkapan pengacara majlis, alunan muzik yang meruntun hati, bacaan ayat suci AlQuran, sentuhan kalbu oleh Haji Ahmad Noor Sulaiman sehinggalah bacaan doa oleh Ustaz Don Daniyial Don Biyajid sedikit sebanyak menyentuh jiwa para tetamu yang hadir. 

Doa itu jugalah yang dititipkan oleh Irma Hasmie saat menunaikan umrah untuk kali yang keempat.
“Ketika melakukan tawaf umrah itulah saya ditegur oleh ibu Redza, memandangkan saya ada lagi dua pusingan tawaf, kami berjanji akan bertemu kembali. Tapi kami tak tetapkan masa dan tempat pertemuan.
“Tatkala saya berada di Bukit Safa, menghadap ke arah Kaabah dan pada takbir tiga kali semasa berpaling saya terpandang ibu Redza menuju ke arah saya. Pada masa itulah dia mempelawa saya saie bersama keluarganya dan menjemput kami meraikan hari lahir ayahnya, Dato Dr Hj Mohd Radzuan di Hotel Hilton di Makkah,” ungkap Irma tentang bagaimana segala-galanya bermula.

Rentetan daripada pertemuan itulah dia menemui jodohnya dan kini dia sah bergelar isteri kepada Redza Syah Azmeer yang buat dirinya seorang lelaki yang jujur dan ikhlas.

“Sememangnya Redza seorang yang menyelesakan dan lemah lembut tutur katanya. Tempat, keadaan dan masa yang sesuai membuatkan hati saya bertambah yakin inilah jodoh yang Allah utuskan untuk saya. Dia juga seorang yang jujur, ikhlas, bertanggungjawab, bersifat penyayang dan boleh dipercayai. Tidak banyak kesulitan yang kami hadapi baik dalam menguruskan urusan perkahwinan kami,” tuturnya yang kelihatan berseri-seri.

Sweetnya kisah depa . Memang ramai lagi yang lebih sweet tapi bagi admin inilah yang paling :)

Sumber: http://azrinzfamily.blogspot.com/2012/07/sweetnya-kisah-percintaan-irma-hasmie.html

1 comments: