Nasi Lemak Lauk Pembalut " Handiplast " ???
Seorang wanita terkejut setelah menjumpai cebisan pembalut " Handiplast " dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya baru-baru ini. Kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.
Semasa nasi lemak itu dihidangkan, wanita itu langsung tidak nampak sebarang keanehan pada nasi lemak itu. Kemudian, selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak berkenaan, barulah beliau perasan macam ada benda yang tak kena dengan nasi lemak tersebut.
Beliau menyangka objek yang ditemuinya hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak. Tetapi, wanita itu mula berasa loya apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka Handiplast yang terpakai.
0 comments:
Post a Comment