Searching...
Friday, 17 January 2014
15:41 0

Kenapa kita tak boleh upload/siarkan gambar bayi...??

Amaran ~ Jangan upload gambar bayi bawah usia 40 hari dalam Facebook

 Kenapa kita tak boleh upload/siarkan gambar bayi...??

Haruslah kita fahami secara mendalam, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.





Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Nabi Muhammad SAW telah memberi panduan kepada kita semua, antaranya: “Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka hendaklah diazankan di telinga kanannya dan diiqamahkan di telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi).





Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. 


Al Ain ini seperti yang memang ada di dalam hadith, Al-Ain (mata jahat) itu sememangnya ada, namun seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).


Al-ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.



Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada mengelak darinya ataupun melalui rawatan Islam.



Jadi fikir-fikirkanlah semasa nak upload pic baby ya... :)

Semoga perlindungan ALLAH terhadap pembaca yang ikhlas faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.

Sincerely from admin.. :)

0 comments:

Post a Comment