Searching...
Monday, 13 January 2014
15:25 0

Gunung Berapi Sinabung ‘MENGAMUK’, Lebih 25,000 Orang Keluar Menyelamatkan Diri ke Tempat Yang Lebih Selamat!

JAKARTA –  25,000 orang telah meninggalkan rumah mereka disebabkan letusan gunung berapi dan aliran lava panas dari sebuah gunung berapi di sebuah kawasan di Indonesia.




Gunung Sinabung  mengeluarkan abu panas lebih 5,000 meter ke udara, beberapa kali pada hari Sabtu, 

“Seramai 25,516 orang dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tidak ada sesiapapun yang berdekatan dalam jarak kira-kira 5 kilometer dari kawah. Orang yang berada 7 kilometer dari kawah pun turut digesa supaya menjauhkan diri dari kawah,” katanya.

Lava panas, telah mengalir ke dalam sungai dan mengisi lembah dan lurah bahan piroklastik,  dari gunung berapi itu sejak dua minggu lalu lagi.




“Letupan kecil berlaku  apabila lava terkena air dan tiada kematian setakat ini ditemui. Orang ramai digesa supaya tidak melakukan apa-apa aktiviti di sungai tersebut.” katanya.

Gunung Sinabung merupakan salah satu daripada 129 gunung berapi yang sangat aktif di Indonesia berdekatan dengan Lingkaran Api Pasifik.

Ia tidak meletup untuk 400 tahun lalu tetapi pada tahun 2010 ia merupakan letupan pertama diikuti dengan September lepas.

Gunung berapi yang paling aktif di negara itu iaitu Gunung Merapi di Jawa tengah, yang telah membunuh lebih 350 orang semasa letupan pada tahun 2010.



0 comments:

Post a Comment