Anjing Mati Tergantung Depan Pintu Lif!!!
Kejadian ngeri ini berlaku pada pukul 6.30 pagi kelmarin Flat Bukit Batok, Singapura.
Ini kisah yang diceritakan oleh saksi yang melihat kejadian tersebut.
Pemilik anjing itu ingin naik ke rumahnya selepas membawa anjingnya bersiar-siar di kawaasan rumah flat itu. Dia kemudiannya masuk ke dalam lif dengan tali yang mengikat anjing kesayangannya itu dan tali itu digenggamnya dengan kuat sekali.
Semasa dia ingin masuk ke dalam lif, dia masih memegang tali berkenaan. Tiba-tiba pintu lif tertutup dengan sendirinya sedangkan anjing itu masih di luar lif.
Kejadian ngeri ini berlaku sangat pantas, lif itu kemudiannya bergerak naik ke tingkat tiga tanpa pemilik anjing itu tidak sempat untuk berbuat apa-apa.
Kemudiannya, tidak kurang dari 10 minit, pasukan penyelamat tiba tapi ianya sudah terlambat kerana anjing itu disyaki mati tergantung di depan pintu lif lobi flat tersebut...
Malang tidak berbau...
0 comments:
Post a Comment