Searching...
Wednesday 15 January 2014
19:59 0

Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Bro !!! Lu Mesti Baca Ni !!!



Disebabkan dendam kesumat seorang penjaga parkir, seorang warga Myanmar rentung apabila dibakar hidup-hidup di dalam sebuah kontena, di Jalan Tiong Nam pada awal pagi semalam.




Begitu tragis semasa kejadian ngeri kira-kira jam 3.30 pagi itu, kerana mangsa bersama seorang rakannya sedang nyenyak tidur. Walaubagaimanapun, rakan mangsa hanya melecur.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Azizan Ismail berkata, siasatan menemui dua tong yang mengandungi minyak tanah di tempat kejadian.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.35 pagi berkaitan dengan sebuah kontena terbakar dan 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah bersama 2 jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di atas kesalahan membunuh.

0 comments:

Post a Comment