Searching...
Friday 17 January 2014
16:40 0

Israel Guna Pokok Ghorqod Untuk Berlindung ??

Israel Guna Pokok Ghorqod Untuk Berlindung ??


Tentera Israel tidak sahaja menggunakan sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok ghorqod. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.



Mereka sendiri menyatakan saat ini penduduk sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya pada saat awal penubuhan negara Zionis.






Sabda Rasulullah SAW

Rasulullah SAWpada 14 abad yang lalu meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.

Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi.

Wallahua’lam bish-showab. Hadis ramalan memang banyak yang berunsurkan kiasan. Namun yang lagi jelas, Rasulullah  SAW tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.

0 comments:

Post a Comment