Searching...
Wednesday 15 January 2014
12:34 0

AURA WARNA MENGIKUT HARI.. WOW !!

Aura warna berdasarkan kajian The Low Of  Repeatation of Cronology. Menurut kajian ini, tujuh bilangan hari membawa bersama getaran (visual light) yang mendominasi hari tersebut.







1. Aura warna Putih pada hari Isnin dapat menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana lebih kreatif dan efisyen.sekiranya tubuh dalam keadaan hening. Warna ini akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh dalam keadaan hening.

2. Aura warna Pink iaitu pada hari Selasa menyamai getaran di bahagian Thalamus (bahagian dalam otak berperanan untuk kasih sayang dan panghayatan). Kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat jika memakai pakaian warna pink pada hari ini



3. Aura warna Biru pada hari Rabu adalah perangsang kelenjar Tyroid. Ia menjadikan semua hasrat hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.


4. Aura warna Kuning / Oren pada hari Khamis adalah warna rangsangan sistem penghadaman dan kesuburan. Didapati lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak


5. Aura warna Hijau pada hari Jumaat  ialah tahap getaran yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru dan aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap paling maksimum.


6. Aura warna Merah pada hari Sabtu menyamai getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf. Organ yang berwarna merah banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh dan merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara

7. Aura warna Hitam pada hari Ahad sesuai kepada kita untuk berehat di rumah. Pada hari ini, pakaian berwarna hitam dapat mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan.


Artikel berkaitan aura warna ini hanyalah berdasarkan kepada kajian  manusia sahaja. Kita seharusnya ingat bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan sesuatu ke atas umat manusia sekalian alam...
















0 comments:

Post a Comment